Assalammualaikum semua…
Harini ZM kembali mencatuk keyboard masa lunch hehe,mana taw boleh kenyang 😜… Di group ZM ada sahabat newbie yang tanya ” ZM,macamana nak add produk kita kat dalam shop wordpress? ” huhuhu,kami ni sama-sama belajar tapi mungkin sahabat ZM ni terlupa cara yang betul or dah try banyak kali tak jadi,so 3 langkah mudah cara masukkan produk di website eccommerce wordpress ini ada jawapannya
Anda semua jangan salah anggap pula cakap ZM ni tak nak ajar sahabat ZM, tapi ZM ni tak berapa terer bab mengajar ni sebab ajar PDPR anak pun kejap hujau jap biru muka ZM hahaha😂. ZM lebih prefer ajar dengan kaedah menulis dengan gambar,ramai orang boleh rujuk dan ZM pun boleh rujuk balik jika suatu hari nanti ZM terlupa. 3 langkah mudah cara masukkan produk di website eccommerce wordpress ini adalah cara paling basic untuk masukkan produk di website
Guy’s, ZM harap artikel 3 langkah mudah cara masukkan produk di website eccommerce wordpress dapat bantu anda dan lepas ni ZM akan share macamana nak buat variasi pula hokey. Jom kita belajaq…
#1. Masuk Ke Dashboard WordPress
Seperti kebiasaannya sila buka dashboard wordpress anda
Pergi bahagian ” product “ dan klik ” add product “
Anda akan tiba dihalaman seperti diatas
#2. Masukkan Semua Info Produk Dan Kategori Produk
Masukkan nama produk dan info tentang produk diruangan yang tersedia. Sedikit tpis untuk tajuk sila letak huruf besar di setiap awal perkataan
Sila letak kategori untuk produk yang anda masukkan. Jika belum ada kategori sila isikan kategori pilihan diruangan kosong tersebut kemudian ” add kategori “ . Setelah itu tick pada kategori yang bersesuain dengan produk
#3. Masukkan Gambar Produk Dan Galeri Produk
Mula-mula anda perlu masukkan produk utama iaitu produk yang berada paling hadapan setiap produk. ZM tunjukkan caranya then anda boleh ulang cara bila nak masukkan galeri gambar produk pula. Caranya sama ja okey
Perhatikan betul-betul ya, ZM tunjukkan step by step dengan lengkap ni taw…kalau fokus betul-betul pasti jadi. Lepas anda klik ” set product image “ tadi anda akan dibawa ke halaman seperti gambar di atas,nama halaman ini adalah ” media library “ iaitu tempat gambar-gambar yang anda sudah gunakan @ akan gunakan untuk website anda. Jom ZM tunjukkan cara macamana nak masukkan gambar dalam PC anda ke sini
Klik pada ” upload files “ dan kemudian klik pula ” select files “
Selepas itu anda cari lokasi gambar-gambar yang anda nak masukkan itu berada kemudian boleh pilih semua gambar yang anda nak dan klik pada ” open “
Ok anda telah berjaya memasukkan gambar anda ke dalam ” media library wordpress “. Apa yang anda perlu lakukan adalah ” pilih gambar ” yang anda nak masukkan pada shop anda then copy ” image title “ dan paste kan pada ” alt text “ dan seterusnya klik pada ” set product image “
Tadaaa…inilah hasilnya, jadi dah ni…selepas itu anda ulang step yang sama untuk masukkan gambar galeri pula(lain-lain gambar)
Baginilah rupanya ” product galery image “ yang telah dimasukkan
Bahagian terakhir kita perlu isikan harga pula,kang tak masuk harga macamana customer nak beli kan. Pergi bahagian ” general “ dan isikan harga dibahagian ” regular price “ dan jika ada buat promosi @ diskaun boleh isikan bahagian ” sales price “
Seterusnya pergi bahagian ” iventory “ iaitu dibahagian yang ZM tandakan. Bahagian ini tidaklah wajib di sis,terpulang pada anda nak isi atau tidak okey
Kemudian beralih pula pada bahagian ” shipping “. Sila isikan ” berat produk “ dan ” dimensions” iaitu ukuran produk tersebut apabila sudah dibungkus
Akhir sekali pastikan semua info,gambar dan setting betul barulah anda ” publish “ . Gambar ZM kat atas tulis ” update “ sebab ZM dah pernah publish dan ZM update sahaja,so anda jangan pelik pula tengok gambar tu
Begitulah 3 langkah mudah cara masukkan produk di website eccommerce wordpress. Maafkan ZM jika terlalu banyak gambar atau anda tak berapa clear. Anda boleh tanya diruangan komen nanti ZM reply ya
Semoga artikel 3 langkah mudah cara masukkan produk di website eccommerce wordpress ini bermanfaat kepada anda. Lepas ni ZM akan share pula 5 langkah mudah cara buat variasi produk di wordpress ,mesti ada yang nak tahu juga kan 😍. Nantikan ya…
Jumpa lagi,Wassalam…
Follow me here :