3 langkah mudah cara buat variasi produk di wordpress1

5 Langkah Mudah Cara Buat Variasi Produk Di WordPress

Assalammualaikum sahabat ZM semua yang sudi jenguk ZM kat sini

Seperti yang ZM dah janji dengan anda semua masa ZM buat artikel 3 Langkah Mudah Cara Masukkan Produk Di Website Eccommerce WordPress

ni,anda ingat kan ZM janji nak share 5 Langkah Mudah Cara Buat Variasi Produk Di WordPress pula. Mana yang belum baca boleh la jenguk sat noh

Actually ZM tengah sedih ni sebab baby kucing ZM meninggal dunia kejap tadi 😭. Dia baru lahir masa raya ke 3 haritu,sedih oooo..anak ZM pun nangis,takut yang lain pun mengikut 😒. Tengah sedih inilah timbul kekuatan mencoret 5 Langkah Mudah Cara Buat Variasi Produk Di WordPress,mana tau boleh rasa tenang sikit

Sebenarnya ZM try & error ja haritu masa ZM nak add produk kat website,ZM fikir macamana ya nak buat kalau produk kita ada variasi? Then,ZM pun godek-godek sampailah jumpa caranya dan ZM dengan rasa happy gila 😍 nak kongsikan dengan anda semua di 5 Langkah Mudah Cara Buat Variasi Produk Di WordPress ni,gitewww intro dia punya panjang da…πŸ˜†

#1. Product Data

3 langkah mudah cara buat variasi produk di wordpress2

ZM terus pergi kepada bahagian dimana tempat kita akan lahirkan variasi tersebut. Kepada anda yang tercengang-cengang dimanakah kita berada sekarang boleh rujuk 3 Langkah Mudah Cara Masukkan Produk Di Website Eccommerce WordPress ini,terdapat panduan lengkap disana dan InsyaAllah anda akan faham kat mana kita berada sekarang πŸ˜‰

Mula-mula pergi pada ” product data “ dan pilih ” variable product “ ( rujuk gambar di atas ZM dah tandakan supaya lebih jelas )

#2. Attribute

3 langkah mudah cara buat variasi produk di wordpress3

Langkah ke 2 anda pergi ke bahagian ” attribute “ kemudian pilih ” custom product attribute ” dan terus klik pada ” add “. Selepas itu akan timbul ruangan untuk tulis variasi. Anda perlu isikan ruangan tersebut. Macam ZM tulis ” KUANTITI “ sebab ZM jual poket slip pos tu guna 3 variasi.

Kemudian anda perlu tulis apa variasi dalam kuantiti tu,anda rujuk apa yang ZM tulis tu taw. Contoh kalau variasi anda adalah warna then anda letak lah warna apa dibahagian nombor 5 tu

Sebelum anda nak save attribute tersebut pastikan anda klik yang tempat ZM tandakan di nombor 6 then boleh terus save. Selesai proses attribute

#3. Variable

3 langkah mudah cara buat variasi produk di wordpress4

Seterusnya adalah anda berpindah dibahagian variable pula. Add variation dan klik ” go “

#4. Create Variation

3 langkah mudah cara buat variasi produk di wordpress5

Selepas itu anda akan sampai ke bahagian ini. Anda cari ” create variations from all attributes “ kemudian save dan klik ” go “ Jika ada keluar apa-apa pop up notification klik OK

3 langkah mudah cara buat variasi produk di wordpress6

Selepas anda pilih ” create variations from all attributes “ tadi variasi akan automatik tercipta berdasarkan attribute yang kita buat sebelum ini. Langkah seterusnya adalah edit setiap variasi tersebut satu persatu

#5. Product Discription

3 langkah mudah cara buat variasi produk di wordpress7

Sampai disini anda perlu isi semua yang ZM tandakan dari nombor 1 hingga nombor 8. Pastikan semuanya lengkap baru save ya

3 langkah mudah cara buat variasi produk di wordpress8

Selepas save anda boleh preview produk tersebut di website anda. Alhamdulillah dah berjaya buat variasi. Jom kita cuba purchase pula tengok jadi tak hehehe 😝

3 langkah mudah cara buat variasi produk di wordpress

Yessss! inilah hasilnya ZM dah berjaya buat dan diharapkan anda pun berjaya buat berpandukan tutorial ringkas ZM ni

ZM harap 5 Langkah Mudah Cara Buat Variasi Produk Di WordPress Β memberi manfaat kepada anda semua. Selamat berkarya!

Baca ini juga Tutorial Cara Buat Lebih Dari Satu Variasi Produk Di WordPress

Wassalam…

Follow me here :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top