📢 Panduan Penggunaan Link Affiliate ZMBeautyHQ
Tahniah kerana menyertai team ZMBeautyHQ! Untuk memastikan setiap jualan anda direkodkan dan komisen dibayar, sila ikut panduan ringkas ini:
1. Link Utama (Paling Selamat & Senang)
Apabila anda masuk ke Affiliate Dashboard, anda akan nampak kotak paling atas bertajuk “Your Affiliate Link”.
Link Format:
https://zmbeautyhq.com/?aff=IDANDACara Guna: Terus klik butang “Copy” dan kongsikan di Facebook, WhatsApp, atau TikTok.
Tujuan: Ini adalah link ke “pintu depan” kedai. Jika pelanggan klik link ini dan beli APA-APA SAHAJA produk di website, anda automatik dapat komisen.
2. Apa Itu “Generate Affiliate Link”? (PENTING!)
Ramai yang keliru di bahagian ini. Kotak ini BUKAN untuk letak nama anda, tetapi untuk letak link produk spesifik.
Tujuan Generate Link: Jika anda mahu buat posting khas tentang SATU PRODUK SAHAJA (contoh: Garlic Balm), anda tentu mahu pelanggan terus masuk ke halaman produk itu, bukan ke “pintu depan” (Home Page).
Cara Buat Link Produk (Step-by-Step):
Pergi ke website zmbeautyhq.com dan cari produk yang anda nak jual (cth: Garlic Balm).
Copy URL produk tersebut dari browser (cth:
https://zmbeautyhq.com/product/garlic-balm).Balik ke Affiliate Dashboard, Paste link produk tadi ke dalam kotak “Add any URL from this website”.
Tekan butang “Generate”.
Sistem akan berikan “Generated Referral Link” yang baru (iaitu link produk yang sudah ada ID anda di belakangnya).
Copy link baru itu untuk iklan anda.
⚠️ AMARAN: JANGAN taip nama sendiri (cth:
farahrazak) dalam kotak generate. Ia akan menyebabkan link menjadi rosak (Error 404).
3. Tips Tambahan
Jangan Ubah Link: Jangan sesekali padam atau ubah nombor di hujung link (contoh:
?aff=2). Jika nombor itu hilang, sistem tak kenal siapa penjualnya.Satu Link Untuk Semua: Sebaik sahaja pelanggan klik mana-mana link affiliate anda, sistem akan “ingat” mereka sebagai pelanggan anda selama 30 hari. Walaupun mereka tak beli hari ini, tapi beli esok, anda tetap dapat komisen!
