Assalammualaikum semua 🙌
Pagi ni ZM nak share topik yang berkaitan dengan 5 Langkah Mudah Cara Buat Variasi Produk Di WordPress
yang sebelum ini ZM kongsikan. Sebelum ni ZM kongsikan 1 variasi sahaja tapi harini ZM kongsikan tutorial cara buat lebih dari satu variasi produk di wordpress
Tutorial cara buat lebih dari satu variasi produk di wordpress ni berbeza sikit daripada setting 1 variasi, berpeluh-peluh juga ZM masa mula-mula buat 😭, bayak kali cuba tak jadi huhuhu
Tapi akhirnya berjaya juga taw, sebab tu orang kata usaha tangga kejayaan…ZM gigih sungguh buat walaupun dah fedap hehe. Then, macam biasa ZM akan kongsikan tutorial cara buat lebih dari satu variasi produk di wordpress supaya anda semua pun rasa nak menangis macam ZM gitewwww…😂
OK LET’S GO!
# Add Product
ZM straight to the point je taw, sebab ZM nak cepat… Mula-mula masuk dashboard wordpress anda dan masuk dibahagian ” product “ dan terus klik ” add product “
# Isikan Nama Produk, Info Produk Dan Kategori Produk
Selepas itu seperti biasa anda perlu masukkan nama produk, info tentang produk dan kategori produk supaya mudah pembeli nak cari produk anda
# Masukkan Gambar Produk
Seterusnya masukkan gambar-gambar produk anda untuk muka hadapan dan seterusnya untuk galeri gambar. Kalau nak lagi profesional setiap variasi sediakan gambar khas supaya bila pembeli klik akan nampak gambar yang mereka pilih
# Setting Variable Product
Settle masukkan gambar, anda pergi pada bahagian product data then pilih bahagian general dan klik pada bahagian variable product. Pastikan anda ikut step taw sebab takut nanti variasi anda tak menjadi, pening kepala macam ZM satgi hehe 😁
# Setting Attribute Product
Langkah ke 2 anda pergi ke bahagian ” attribute “ kemudian pilih ” custom product attribute ” dan terus klik pada ” add “
# Cipta Attribute Product Yang Sesuai
Sila tengok contoh yang ZM buat, attribute pertama ZM pilih ” kuantiti ” vs ” 25pcs | 50pcs | 100pcs “ dan attribute yang ke dua ZM pilih ” item “ vs ” plastik sahaja | plastik + poket | plastik + bubble wrap | plastik + poket + bubble wrap “ . Sebelum anda nak buat anda fikirkan dulu variasi yang sesuai sebab kedua-dua attribute yang kita cipta ini berkait
Peringatan : Pastikan anda tick yang ZM bulatkan dalam gambar kat atas tu,supaya tiada kesilapan masa kita nak buat variasi
Ini adalah hasil 2 attribute yang ZM dah buat. Patikan anda semua dapat hasil begini juga ya
# Setting Variable Product
Langkah setrusnya pergi ke bahagian Variable dan anda cari ” create variations from all attributes “ kemudian klik ” go “
Klik OK pada pop up macam dalam gambar di atas ya..(ini pun ZM nak bagitahu hahaha)
# Variasi Berjaya Dicipta
Yessss!👏👏👏 automatik variasi tercipta. Sebab itu ZM pesan suruh klik pada 2 bahagian yang ZM bulat kan kat atas tadi,dapatlah variasi dibuat sekaligus. Kalau rajin nak buat satu persatu cara manual pun boleh,tapi ZM ni sejenis suka yang cepat hehe (taknak ngaku malass)
# Isikan Info Setiap Variasi
Anda the last part is isikan semua info yang ZM tandakan di atas,semua ni basic info…info lain yang ZM tak tandakan jika anda nak isi tiada masalah contoh macam SKU, stok level dan sebagainya
Anda lihat di bahagian nombor 1 tu adalah gambar,tadi ZM ada bagitahu, kalau boleh sediakan gambar khas untuk setiap variasi. Kat sini lah anda nak isikan…baru nampak cantik
Selesai isi semua info sila isi semua variasi,jangan ada yang tertinggal taw. Kemudian pastikan betul dan sila klik ” save ” . Lepas save boleh la ” publish ” produk anda tu ya
# Preview Hasil
Tahniah ZM dah berjaya! Hahaha sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri…
[bctt tweet=”Yes, I’m also Done!” username=”amsyar83″]
Nih ZM try purchase boleh tak. Alhamdulillah semuanya lengkap, dah boleh order dah pada yang nak order tu hehe…tiber promot 🙈
Semoga tutorial cara buat lebih dari satu variasi produk di wordpress ni bermanfaat kepada anda. Kepada yang mencari plastik kurier untuk pos barang boleh beli kat KEDAI ZM
Jumpa lagi next entry…
Wassalam
Follow me here :