tutorial ringkas cara nak print slip pos consignment note shopee 2021

Tutorial Ringkas Cara Nak Print Slip Pos / Consignment Note Shopee 2021

Assalammualaikum semua…

Harini ZM nak share pula tentang tutorial ringkas cara nak print slip pos / consignment note shopee 2021 sebab ada ramai newbie yang baru pertama kali dapat sale di shopee tanya apa langkah pertama nak buat bila ada order masuk. Bagaimana nak print slip pos shopee tu

Sebelum itu ZM pernah buat satu artikel tentang cara nak print consignment note shopee ni pada tahun 2017 kalau tak silap. Anda boleh baca DISINI. Tutorial tu adalah cara 4 tahun lepas. Masa tu kita boleh print guna size A4 dan dalam saiz A4 tu ada 2 consignment note shopee. Tahun 2021 ini sudah ada perubahan iaitu hanya sekeping consignment note shopee sahaja yang dikeluarkan. Maka yang bertanya ZM itu keliru bagaimana nak buat. Maka tutorial ringkas cara nak print slip pos / consignment note shopee 2021 ini akan beri anda jawapan

Sebelum ZM mulakan tutorial ringkas cara nak print slip pos / consignment note shopee 2021 ini ZM ingin ingatkan cara yang akan ZM tunjukkan ini menggunakan kertas bersaiz A5 iaitu kertas bersaiz A4 yang dipotong dua bahagian

Let’s Go…

1.# Login Shopee

tutorial ringkas cara nak print slip pos consignment note shopee 20212

Sila login ke akaun Shopee anda DISINI kemudian isikan detail yang diperlukan untuk anda login

2.# Tengok Pesanan Masuk Shopee

tutorial ringkas cara nak print slip pos consignment note shopee 20213

Selepas anda login anda akan terus dibawa ke halaman ini. Disana ada tertulis 3 penghantaran untuk diproses. Ini adalah order masuk anda. Anda perlu klik bahagian ini

3.# Uruskan Penghantaran Shopee

tutorial ringkas cara nak print slip pos consignment note shopee 20214

Anda akan tiba dihalaman ini pula untuk anda teruskan proses penghantaran iaitu anda perlu print slip pos / consignment note shopee. Sila klik ” uruskan penghantaran “ seperti yang ZM tandakan

4.# Sahkan Penghantaran Shopee

tutorial ringkas cara nak print slip pos consignment note shopee 20215

Baiklah separuh proses tutorial ringkas cara nak print slip pos consignment note shopee 2021 telah berlalu,jom kita teruskan lagi sikit ja lagi. Selepas anda klik di ” uruskan penghantaran “ tadi anda akan sampai ke halaman ini untuk mengesahkan anda nak print dan sekaligus akan keluar tracking number secara automatik. Sila sahkan

5.# Print Waybill Shopee

tutorial ringkas cara nak print slip pos consignment note shopee 20216

Seterusnya anda boleh klik pada ” cetak waybill “ selepas anda sahkan tadi

6.# Print

tutorial ringkas cara nak print slip pos consignment note shopee 20217

Anda akan terus tiba dihalaman ini. Cari gambar printer (rujuk gambar) dan klik disana. Disini anda perlu setting supaya slip pos / consignment note shopee anda cantik je keluar masa print nanti

7.# Setting Sebelum Print

tutorial ringkas cara nak print slip pos consignment note shopee 20218

Ini yang perlu anda periksa sebelum anda nak print,cara yang ZM tunjuk ini menggunakan printer model Epson L360. ZM tak pasti lain-lain model printer sama atau tidak tapi ZM rasa caranya lebih kurang sahaja

1) Set jenis printer yang anda nak print & pilih berapa helai anda nak print( ZM print 2 helai satu untuk JNT satu untuk rekod ZM )

2)Pilih bahagian Custom scale dengan bacaan 140% sebab kita nak print ikut size A5

3)Bahagian Orieantation sila pilih Lanscape sebab kalau pilih potrait hasilnya tak sempurna ( sebab kita print guna kertas saiz A5 seperti yang ZM cakap di awal artikel ni tadi )

4)Tengok priview ini,pastikan betul seperti yang dipaparkan dalam kotak itu ya

5)Pasti semuanya ok silalah print

8.# Selesai & Masukkan Slip Pos Dalam Poket

tutorial ringkas cara nak print slip pos consignment note shopee 20219

DONE!

Inilah hasilnya tutorial ringkas cara nak print slip pos / consignment note shopee 2021 yang ZM dok bebel-bebelkan tadi. Mudah kan! Kalau setting tak betul takkan keluar rupa macamni. Ini adalah consignment note shopee bersize A5,apa yang perlu anda lakukan seterusnya adalah masukkan dalam poket slip pos dan lekatkan pada barang yang anda nak pos. Selesai…

Kepada anda yang mencari mana nak beli poket slip pos SAIZ A5 macam dalam gambar kat atas ni boleh beli KAT SINI ya. Dijamin puashati dan selamat sebab gam dia kuat hehe. Terima kasih pada yang sudi baca tutorial ringkas cara nak print slip pos / consignment note shopee 2021 ini,semoga bermanfaat kepada anda dan sekiranya anda dah tahu sudi-sudilah untuk kongsikan mana tahu ada yang belum tahu nampak artikel yang anda kongsikan sekurang-kurangnya dapat bantu mereka yang sangat perlukan ilmu ini. Jumpa lagi next artikel

Salam sayang. Wassalam

Follow me here :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top