Assalamualaikum anda semua…
Salam Lockdown days 6,macamana keadaan anda sekeluarga disana? ZM dan family masih lagi bertahan duduk dirumah sebagai tanda sokongan pada frontliner. Nasihat ZM marilah sama-sama kita jaga SOP,yang taknak ikut SOP tu kita abaikan…jangan ikut mereka, jaga keluarga kita dahulu hokey hehe, panjang intro ZM harini… Semalam ZM ada buat satu artikel tentang 3 Langkah Mudah Pasang Plugin Follow Media Sosial Di WordPress , anda dah baca ke? Harini ZM nak kongsi pula tentang 5 langkah mudah pasang plugin share media sosial di wordpress,button follow dah pasang kita pasang button share pula bagi mudah pembaca nak kongsikan dengan orang lain
Ilmu ini juga ZM dapat masa belajar Bina Website E-Commerce dengan Insken baru-baru ini, ZM cepat-cepat letak disini supaya ilmu itu tak tenggelam dalam memori ZM yang semakin hari semakin kurang kuasanya, lebih kurang artikel ni akan jadi tempat rujukan ZM la nanti…tapi kalau anda nak rujuk juga lagi bagus, kita rujuk sama-sama gitew!
Sebenarnya terdapat banyak cara lain untuk pasang plugin tapi 5 langkah mudah pasang plugin share media sosial di wordpress tapi yang Coach ajar ZM masa kelas haritu adalah yang paling ringkas dan mudah nak faham. Yang paling penting senang nak apply. So, jom ZM tunjukkan langkah demi langkah ikut gambar yang telah ZM sediakan untuk rujukan anda supaya lebih mudah nak faham
#1. Tambah Plugin
Seperti biasa,anda perlu login ke dalam dashboard WordPress anda terlebih dahulu dan cari perkataan “Plugin” dan klik dibahagian “Add Plugin” . Anda harus ingat,ini adalah proses wajib apabila anda nak tambah apa-apa plugin dalam website (wordpress) anda dimasa akan datang
# 2. Install & Activate
Anda akan sampai ke halaman ini dan sila taip “sassy” diruangan keyword dibahagian atas kanan ( rujuk gambar di atas ) Gambar yang saya bulatkan itu adalah icon kepada plugin “sassy“. Apa yang anda perlu lakukan adalah sila install dan activate kan supaya plugin ini akan mara ke dalam senarai plugin anda
# 3. Setting Dengan Betul
Setelah selamat activatekan plugin tadi sila kembali kepada plugin anda dan cari plugin berjudul “sassy” seperti yang ditunjuk dalam gambar di atas. Jelas kan…Kemudian bolehlah anda mulakan operasi menggodek bahagian setting untuk hasilkan button share yang cun
# 4. Pilih & Isikan Pilihan Dengan Betul
Ini adalah halaman pertama ( theme selection ) yang anda akan nampak selepas anda tekan setting. Anda boleh pilih apa yang anda perlukan disitu. Macam ZM dibahagian ini ZM cuma pilih bahagian shape sahaja macam yang ZM bulatkan tu. Shape ini adalah rupa bentuk button share yang akan terpapar pada website @ blog @ artikel anda nanti. Yang lain-lain ZM tak usik
Alhamdulillah kita dah sampai ke langkah seterusnya dalam 5 langkah mudah pasang plugin share media sosial di wordpress. Selesai halaman pertama ZM alih ke halaman kedua ( standard interface ),rujuk gambar di atas ZM ada bulatkan bahagian atas supaya anda jelas maksud ZM tentang halaman itu. Mula-mula letakkan ayat anda pada bahagian “Tittle“. Terpulang anda nak letak ayat macamanapun asalkan pembaca faham dan berminat nak berkongsi artikel tersebut dengan orang lain @ untuk simpanan sendiri
Kemuadian dibahgian “search social network” anda boleh pilih sebanyak manapun medium media sosial yang anda nak untuk mudahkan pembaca berkongsi kelak. Kalau anda pilih Facebook pembaca boleh share di Facebook mereka. Bukan mereka sahaja boleh share, kita sendiri pun boleh share artikel tersebut dimedia sosial kita. Anda boleh nampak preview share button yang bakal terpapar nanti ( rujuk gambar ke 2 di atas – ZM ada bulatkan ) Jelas tak? Selepas anda dah tambah media sosial anda perlu pilih dimana lokasi anda nak paparkan share button tersebut. Boleh buat pilihan di ” position with respect to content “ samaada anda nak share button terpapar dibahagian bawah atau atas artikel ( bawah tajuk )
Langkah seterusnya adalah klik bahagian ” placement “ supaya share button akan terpapar dibahagian yang anda kehendaki. Selepas itu isikan lain-lain bahagian mengikut keperluan anda sebagai contoh bahagian ” show share counts “ dan ” show total shares ” . Jika tidak klik pun tiada masalah. Boleh abaikan
Alhamdulillah kita masih lagi dalam tutorial 5 langkah mudah pasang plugin share media sosial di wordpress,dah nak sampai penghujung dah ni. Gambar diatas adalah paparan halaman yang ke 3 ( floating interface ). Langkahnya sama juga seperti halaman ke 2,anda perlu pilih media sosial . Seterusnya anda perlu isikan semua keperluan anda dalam kotak merah yang ZM tandakan dalam gambar kedua. Perhatikan betul-betul supaya button share muncul di tempat yang anda inginkan. Boleh ikut je yang ZM buat atau terpulang pada citarasa masing-masing
# 5. Periksa Semula,Pastikan Betul,Simpan & Nikmati Kejayaan
Akhir sekali,setelah berhempas pulas memilih dan mengetik anda perlu periksa semula semua yang telah anda godek di ketiga-tiga halaman tersebut dan pastikan semuanya adalah betul kerana jika tersilap akan memberi kesan anda tak dapat nampak button share ditempat yang anda inginkan gitewwww. Dan selepas semuanya pasti dan betul inilah langkah yang paling penting iaitu sila simpan. Kalau anda tak simpan memang takkan muncullah button share tersebut. Alamak… lupa ZM nak bagitahu,setiap halaman ada button ” save changes ” , pastikan anda tekan ya
Setelah disimpan bolehlah anda lihat diwebsite @ artikel @ blog anda rupa paras share button yang anda pasang mengikut teknik 5 langkah mudah pasang plugin share media sosial di wordpress. Tahniah kepada yang telah berjaya,kepada yang kurang jelas boleh baca balik dan cuba lagi teknik yang ZM kira paling mudah nak apply. Semoga perkongsian ZM dapat membantu anda semua pasang plugin share media sosial di wordpress. Selamat mencuba,maafkan ZM jika ada kekurangan dan jika ada yang tersilap tolong tegur ZM yang baru belajar ni …
Baca ini juga ya 3 Langkah Mudah Pasang Plugin Follow Media Sosial Di WordPress
Wassalam
Follow me here :