Assalammualaikum semua…
Salam Lockdown 1 Jun 2021.Semoga anda semua sentiasa menjaga S.O.P untuk sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19. Harini ZM nak share 3 langkah mudah edit gambar yang cantik dan resize mesra SEO. ZM pasti ramai yang kat luar sana mencari cara paling mudah nak edit gambar produk yang cantik kemudian nak kecilkan saiz gambar tersebut supaya mudah nak masuk dalam website @ blog
Harini ZM bukan nak share 3 langkah mudah edit gambar yang cantik dan resize mesra SEO je tapi nak tunjuk pada anda sekali aplikasi apa yang ZM guna untuk edit gambar. Apa yang best tentang apps ni kan,ia boleh di akses di telefon pintar anda dan juga boleh di akses di PC @ Laptop. Bestkan…
Ini contoh ZM edit gambar produk guna aplikasi yang akan ZM sharekan pada anda sekejap lagi
ZM harap bila anda dah baca info tentang 3 langkah mudah edit gambar yang cantik dan resize mesra SEO ni anda terus praktikkan sebab sangat mudah nak buat. Tak sangka ada cara yang sangat mudah nak edit gambar yang cantik dan kecilkan saiz gambar dalam satu aplikasi yang sama. Sambil menyelam minum air gitu…yang penting gambar yang di edit mesra SEO
#1. Install canva untuk edit gambar yg cantik & menarik
Sejak tahun 2015 ZM guna Canva untuk edit gambar yang cantik seperti gambar yang ZM letak kat atas sana. Mesti masih ramai yang belum tahu apa itu Canva dan bagaimana cara nak guna Canva ni. ZM tunjuk rupa Canva ya kemuadian anda boleh download kat Playstore kalau nak guna HP atau korang boleh klik SINI kalau guna PC,dua-dua sama ja…Yang pasti kalau di HP juga boleh guna browser untuk buka Canva
Ini langkah paling utama anda perlu buat antara 3 langkah mudah edit gambar yang cantik dan resize mesra SEO . Gambar yang ZM tunjuk ni paparan dari Google Chrome (guna PC). ZM suka guna PC sebab paparan dia lebih besar & jelas,puashati nak edit gambar produk
Bagi ZM, Canva ni aplikasi edit gambar yang paling mudah nak guna. Canva ni percuma,tapi kalau nak hasilkan gambar yang lebih cantik boleh guna Canva premium. Macam biasalah anda perlu register terlebih dahulu sebelum guna Canva ni kemudian boleh login. Di bahagian kanan sebelah atas(rujuk gambar) anda boleh mula memilih size gambar yang anda nak edit dan anda boleh terus mula edit gambar free
Ini contoh ZM edit gambar berukuran segi empat tepat yang bersesuaian dengan gambar untuk post di Facebook. Terdapat banyak size gambar ikut kesesuaian. Anda boleh google size-size yang sesuai untuk posting di Facebook,Instagram,Twiiter dan sebagainya
#2. Wajib namakan gambar sebelum simpan fail untuk jadikan gambar mesra SEO
Perkara yang sering di ambil enteng ataupun mungkin ada yang tidak tahu. Harini ZM kongsi sekali teknik nak bagi gambar yang kita edit tu mesra SEO. Mesra SEO tu maknanya bila orang search kat google gambar yang anda upload (mengikut teknik yang ZM akan kongsi nanti) akan muncul di google. Contoh,kalau gambar anda di namakan “Garlic Balm” dan orang mencari Garlic Balm menggunakan keyword Garlic Balm(tulis kat google Garlic Balm dan search) maka gambar anda yang dinamakan “Garlic Balm” itu akan muncul dalam carian google. Jelas tak?
Kalau anda guna Canva untuk edit gambar anda WAJIB tulis dibahagian tajuk mengikut tajuk artikel yang anda nak buat di blog anda( jika tujuan anda nak letak gambar di blog) Jika tidak anda boleh namakan gambar tersebut mengikut kesesuaian @ mengikut keyword yang anda nak gambar itu muncul jika orang search(sesuai untuk gambar produk niaga)
Jika anda menggunakan gambar yang lebih dari 1 didalam artikel anda,pastikan nama gambar tersebut adalah sama dan yang membezakannya adalah “duplicate” . Sila rujuk gambar dibawah untuk anda lebih faham tips ke 2 yang penting dalam 3 langkah mudah edit gambar yang cantik dan resize mesra SEO . Anda letakkan semua gambar untuk 1 artikel ini dalam satu fail supaya anda boleh pastikan semua gambar mempunyai nama yang sesuai dan yang penting gambar mesra SEO
#3. Kecilkan size gambar @ resize gambar sebelum muat turun
Langkah terakhir yang masih lagi penting dalam topik 3 langkah mudah edit gambar yang cantik dan resize mesra SEO yang ZM suka sangat nak kongsi dengan anda adalah bagaimana nak kecilkan size gambar mesra SEO yang anda dah buat tadi. Pastikan kecilkan saiz gambar tanpa kurangkan kualiti gambar tersebut. Kenapa perlu kecilkan size gambar @ resize gambar?
Jawapannya sangat mudah,anda perlu resize gambar kepada kb yang lebih kecil supaya gambar tidak memberatkan artikel @ blog @ website. Anda perasan tak bila anda masuk kemana-mana website kadang-kadang gambar yang ada dalam website tersebut ambil masa untuk muncul(loading lama sangat) Ini adalah berpunca daripada saiz gambar yang terlalu besar dan terpaksa ambil masa yang lama untuk muncul. Apa yang perlu anda buat hanya pastikan anda resize gambar kepada kb yang lebih rendah sebelum post
Jika guna Canva caranya sangat mudah nak resize gambar tanpa kurangkan kualiti gambar. Gambar dibawah ni saya kongsikan teknik mudah yang saya gunakan setiap kali edit gambar sebelum buat artikel. Mudah sangat-sangat nak ikut 3 langkah mudah edit gambar yang cantik dan resize mesra SEO ni
Cuba perhatikan kotak merah yang ZM tanda dalam gambar tu,ada wajib tandakan(tick) sebelum muat turun gambar untuk pastikan gambar yang dimuat turun bersaiz kecil. Kotak bahagian bawahnya pula anda perlu muat turun satu persatu gambar(jika edit gambar lebih dari satu) kerana jika anda muat turun semua secara serentak tajuk tersebut akan berubah. Bagi ZM biarlah muat turun satu persatu supaya nanti tak perlu nak rename gambar balik
#Sebelum resize gambar
#Selepas resize gambar
Cuba perhatikan saiz gambar dapat dikurangkan dari 1.1mb kepada 395.9kb tanpa kurangkan kualiti gambar. Menarik kan? Untuk info,segala contoh yang ZM berikan adalah menggunakan Canva Premium(berbayar) tetapi sekiranya anda ingin mencuba boleh guna Free Trial untuk 30 hari. Maknanya anda boleh cuba Canva Premium selama 30hari kemudian baru dicide nak teruskan Canva berbayar atau nak teruskan yang percuma. Tapi masa fasa trial anda boleh edit banyak-banyak buat stok gambar hahaha…
Maka berakhirlah sesi gossip 3 langkah mudah edit gambar yang cantik dan resize mesra SEO. Kepada yang berminat nak dapatkan khidmat resize gambar @ edit gambar produk mesra SEO @ edit gambar produk cantik bolehlah WASAP ZM TERUS okey. Maafkan jika ada kekurangan info dan sila beritahu jika ada kesilapan bolehlah ZM perbetulkan. Semoga perkongsian ZM kali ni bermanfaat untuk korang praktikkan. Semoga berjaya!
Follow me here :
Terbaik tips bagi saya. Terima kasih ZM. Nanti share lagi banyak tips ya.
Tq Bro,hasil pembelajaran dari Brozool…
wow menarik
TQ kak kin,kak kin pun hebatttt…
wow menariknya
Alhamdulillah…Saya murid baru belajar…
terujanya
Syukur Alhamdulillah..jom apply…