cara mudah membuat sub menu di wordpress 2021

Cara Mudah Membuat Sub Menu Di WordPress 2021

Assalammualaikum & Salam Subuh semua

Seperti yang ZM dah janjikan malam tadi harini ZM nak share satu lagi tips untuk pengguna wordpress exspecially newbie iaitu cara mudah membuat sub menu di wordpress 2021. Tujuan buat sub menu ni hanyalah untuk nampak website @ blog kita lebih kemas

Sebelum ni ZM tak tahupun cara nak buat sub menu ni tapi macam biasa ZM berguru balik dengan Brozool then dapat ilmu cepat-cepat share cara mudah membuat sub menu di wordpress 2021 ni kat anda semua

Pada pendapat ZM sub menu sangat perlu dalam website @ blog kita supaya pembaca lebih mudah nak baca dan cari tajuk yang terkait,sub menu ni akan jadikan blog anda lebih tersusun dan nampak profesional. Jom ZM ajar langkah demi langkah cara mudah membuat sub menu di wordpress 2021 ni

cara mudah membuat sub menu di wordpress 20212

Seperti biasa ZM akan gunakan gambar sebagai rujukan anda. Mula-mula pergi ke ” appearance “ dan terus klik pada ” menu “

cara mudah membuat sub menu di wordpress 20213

Anda akan sampai ke halaman ini iaitu tempat segala menu & sub menu dilahirkan. Untuk buat sub menu,anda perlukan ” link kategori “ yang anda nak buat sub menu itu. Jom ZM tunjukkan cara nak ambil link tersebut. Perhatikan betul-betul naaaa…

cara mudah membuat sub menu di wordpress 20214

Anda pergi bahagian produk dan lihat bahagian ” kategori “. ZM bagi contoh seperti dalam gambar diatas ya, ZM pilih kategori ” lipscare “

cara mudah membuat sub menu di wordpress 20215

Apa yang anda perlu lakukan ialah, anda pergi ke shop anda dan dapatkan link kategori ” lipscare “ seperti yang saya tunjukkan di atas, tekan perkataan ” lipscare “ tersebut

cara mudah membuat sub menu di wordpress 20216

Setelah anda tekan perkataan ” lipscare “ tadi anda akan dibawa ke halaman kategori ” lipscare “, kemudian anda perlu copy link tersebut

cara mudah membuat sub menu di wordpress 20217

Selepas anda copy link tadi anda terus masuk balik pada bahagian ” appearance “ dan klik pada ” menu “ tempat kelahiran menu & sub menu seperti yang ZM cakap tadi. Ingat kan😁 Kemudian anda paste kan link tadi dibahagian URL ( sila rujuk gambar di atas ), then dibahagian ” link text “ sila tulis apa nama sub menu yang anda nak tulis dan akhir sekali klik pada ” add to menu “

cara mudah membuat sub menu di wordpress 20218

Selepas anda tekan ” add to menu “ tadi, secara automatik lahirlah submenu yang anda mahukan seperti yang ZM tunjukkan dalam gambar di atas ni tapi anda perlu masukkan bawah kategori yang betul iaitu bawah ” shop “ Bagaimana caranya?

cara mudah membuat sub menu di wordpress 20219

cara mudah membuat sub menu di wordpress 202110

Caranya mudah sesangat, gunakan cursor mouse anda untuk ” drag “ sub menu tadi. Tekan sub menu tadi dan leretkan sampai bahagian bawah ” shop “. Langkah terakhir pastikan anda ” save menu “ tersebut supaya semua usaha anda untuk lahirkan sub menu tadi berhasil 😂

cara mudah membuat sub menu di wordpress 202111

cara mudah membuat sub menu di wordpress 202112

Selepas selesai ” save menu “ tadi jom kita check it out hasil. Sila pergi bahagian shop tengok ada tak sub menu yang anda buat tadi. ZM punya ” lipscare “ ada nampak di submenu dan bila klik pada sub menu ” lipscare “ ZM akan sampai pada halaman kategori tersebut, so jika customer anda nak membeli belah di kedai anda lebih mudah nak cari barang jika ada sub menu gitew…

Baiklah inilah cara mudah membuat sub menu di wordpress 2021 yang ZM nak kongsikan dengan anda semua. ZM harap cara mudah ini membantu anda yang newbie macam ZM ni jugak hehe

Sebelum ZM terlupa,kalau anda nak buat ” sub sub menu “ pula, anda boleh juga gunakan kaedah ini,cuma anda perlu drag sub menu dibahagian yang anda nak sub sub kan menu tersebut ok. Baiklah… settle dah celoteh ZM tentang cara mudah membuat sub menu di wordpress 2021

ZM harap anda semua boleh faham & cuba buat hokey. Jangan lupa baca juga 3 Langkah Mudah Pasang Side Bar Di WordPress

Jumpa lagi. Wassalam

Follow me here :

1 thought on “Cara Mudah Membuat Sub Menu Di WordPress 2021”

  1. Pingback: 3 Langkah Mudah Pasang Side Bar Di WordPress – ZMBeautyHQ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart