Assalammualaikum anda semua…
Harini ZM nak buat artikel ringkas tentang tutorial cara mudah menukar font dan saiz font di wordpress sebab ada kawan-kawan ZM yang baru berjinak-jinak dengan wordpress nak tahu cara tukar font di blog mereka supaya nampak lebih kemas dan cantik
Tutorial cara mudah menukar font dan saiz font di wordpress sesuai untuk jadi rujukan bagi mereka yang baru bermula dengan wordpress ni sebab cara dia sangat mudah dan simple. Kalau ikut betul-betul caranya sekali buat dah menjadi
ZM akan buat artikel tutorial cara mudah menukar font dan saiz font di wordpress ni seringkas yang mungkin supaya anda tak jemu baca bebelan ZM hehe. Cara yang ZM tunjukkan ini adalah untuk mereka yang dah buat artikel tapi tiba-tiba bila tengok balik rasa font macam kurang menarik atau size terlalu kecil. So boleh follow step yang ZM kongsikan nanti
Seperti biasa anda perlu masuk pada pintu yang betul. Kali ini anda perlu masuk ke pintu ” Appearance “ dan kemudian klik di ” Customize “
Anda akan sampai di halaman ini dan kemudian anda perlu klik pada bahagian ” Global “
Apabila sampai di halaman ini pula anda perlu klik pada bahagian ” Typography “
Dan akhir sekali anda klik pada bahagian ” Base Typography ” . Disinilah kerja-kerja edit akan anda dilakukan
Perhatikan gambar di atas,jarak antara perenggan nampak besar dan bahagian ” Paragraph Margin Bottom adalah 2.34EM “
ZM adjust ” Paragraph Margin Bottom menjadi 0.5EM ” dan hasilnya sila lihat gambar di atas. Ini adalah bahagian untuk rapatkan jarak
Ada 5 bahagian yang boleh anda ubah hingga anda berpuashati dengan tampilan yang anda dapat diblog anda. Pastikan pilihan anda memenuhi kriteria supaya pembaca selesa membaca
Akhir sekali anda perlu preview dahulu rupa tampilan font yang anda ubah tadi. Sila rujuk gambar, ZM ada letak nombor 1. Anda boleh preview di desktop/tablet/handphone . Setelah semuanya sempurna boleh klik pada no 2 iaitu ” Publish “
Dengan ini maka berakhirlah tutorial cara mudah menukar font dan saiz font di wordpress ringkas ZM untuk harini. Mudah sangat kan nak buat. ZM harap anda semua faham dan dapat buat supaya blog anda nampak lebih kemas dan cun
Semoga tutorial cara mudah menukar font dan saiz font di wordpress memberi manfaat kepada anda semua. Jangan lupa share pada rakan-rakan yang lain juga. Jumpa lagi next artikel yang lebih best
Salam sayang & Wassalam
Follow me here :