Assalammualaikum…
ZM nak share dengan anda semua teknik dan cara mudah membuat related post bawah artikel di wordpress. Sementara nak tunggu mata mengantuk ZM cepat-cepat tuliskan ini untuk rujukan anda semua
ZM ni ada masalah mudah sangat lupa kalau benda-benda setting ni,itu yang kalau boleh nak kena catit cepat-cepat. Tapi ZM rasa lebih afdal ZM kongsikan cara mudah membuat related post bawah artikel di wordpress di sini supaya lebih ramai boleh baca hehehe
Lagipun kalau tulis di sini sampai bila-bilapun ZM boleh tengok balik selagi blog ini masih aktif. Okeh let’s go…kita kupas topik cara mudah membuat related post bawah artikel di wordpress
#1. Appearance & Customize
Mula-mula login wordpress anda dan bila sampai di dashboard sila cari bahagian ” Appearance ” dan terus klik dibahagian ” Customize “. Sila rujuk gambar di atas
#2. Blog
Anda akan sampai di halaman ini dan sila klik pada bahagian ” Blog “
#3. Single Post
Setelah itu sila tekan pada bahagian ” Single Post ” seperti yang ZM tunjuk dalam gambar di atas
#4. General
Apabila anda sampai dihalaman ini sila pastikan anda dalam bahagian ” General “
#5. Related Post
Kemudian didalam bahagian ” General ” tadi anda skrol samapi bahagian ” Related Post “. Sila tukar ” Total Number Of Related Post ” kepada nombor yang anda nak,anda tentukan sendiri. ZM pilih 6 sebab nanti nampak banyak related post yang keluar,so mungkin pembaca akan berminat nak baca lagi gitewww.
Kemudian ” Grid Coluum Layout ” juga boleh tukar ikut kemahuan anda. Seterusnya yang ZM letak 2 anak panah dibahagian ” Featured Image ” dan ” Title & Post Meta ” sila nyalakan mata itu jika anda nak tajuk & gambar featured artikel anda dipaparkan. Nanti anda boleh tengok contoh yang ZM tunjukkan dibawah
#6. Preview & Publish
Haaa ini dia. Gambar kat atas ni ZM preview rupa related post yang ZM set bila dibuka di PC. Ada 6 artikel,ada gambar featured dan ada tajuk. ZM pilih 2 kolum di PC so tampilan akan keluar 2 kolum juga
Untuk tampilan di Tablet ZM pilih 3 kolum,so tampilannya jadi macam gambar kat atas. Cun kan…
Dan akhir sekali ZM tinjau juga tampilan di Handphone. Di Handphone ZM pilih 1 kolum sahaja sebab ini sahaja yang sesuai,bukan tak boleh pilih banyak kolum tapi tampilannya nampak sangat tak sesuai. Anda boleh cuba dulu ikut mana yang berkenan dihati. Pastikan semua ok then anda boleh tekan button ” Publish ” diatas sana tu. SIAP!!!
Bagi ZM cara mudah membuat related post bawah artikel di wordpress ini adalah yang paling senang sangat nak buat sebab tak perlu banyak sentuhan dan boleh cuba-cuba gitu. Yang pasti anda perlu buat pilihan yang betul, jangan rasa cantik kat mata sendiri tapi bila nak baca susah sebab yang nak membaca ramai jenis manusia gitu. Mudah cakap kita perlu buat biar sedap mata memandang tenang hati membaca hehehe…
Selesai sudah artikel cara mudah membuat related post bawah artikel di wordpress malam ni, dah tiba masa ZM nak beradu…esok ZM buatkan artikel Cara Mudah Membuat Related Post Dalam Artikel Di WordPress pasal malam ni tak sempat hehe. Jumpa lagi esok. Good Nite…
Wassalam
Follow me here :