3 langkah mudah pasang plugin follow media sosial di wordpress

3 Langkah Mudah Pasang Plugin Follow Di WordPress

Assalammualaikum semua…

Harini ZM bersiaran semula dengan topik yang lagi best tentang 3 langkah mudah pasang plugin follow media sosial di WordPress. Sebenarnya ZM sengaja nak tulis tentang topik ni,ala-ala macam tutorial sebab baru-baru ni ZM belajar buat Website E-Commerce & Blog dengan sifu BROZOOL & COACH ZUL yang dalam perkiraan ZM mereka adalah sifu terbaik yang pernah ZM jumpa setakat ni sebab merekalah Coach yang paling sempoi,paling sabar menyantuni anak murid dan paling tak kedekut ilmu sebab apa jua pertanyaan semua dijawab dengan jelas!

Ok jom kita teruskan topik asal 3 langkah mudah pasang plugin follow media sosial di WordPress,taknak lebih-lebih puji nanti kembang semangkuk pula hehe. Sebenarnya ZM tulis artikel ni untuk rujukan ZM nanti dimasa akan datang sebab takut terlupa. Tapi kalau ada yang sudi membaca & menjadikan ia sebagai rujukan ZM happy sangat. Mudah sangat nak buat kalau buat dengan fokus dan bila dah faham rasa nak kongsi dengan kawan-kawan yang belum tahu. Alhamdulillah

ZM akan tunjuk langkah demi langkah yang anda kena buat,kalau anda ikut dengan tertib pasti berjaya buat sampai habis. ZM ada sediakan sekali gambar 3 langkah mudah pasang plugin follow media sosial di WordPress supaya anda lebih mudah nak faham

# 1. Tambah Plugin

3 langkah mudah pasang plugin follow media sosial di wordpress2

Mula-mula anda perlu login kedalam WordPress anda dan terus klik dan cari perkataan dan klik “Plugin” kemudian klik pada “Add New”. Sila rujuk gambar di atas

# 2. Install & Activate

3 langkah mudah pasang plugin follow media sosial di wordpress3

Selepas anda klik pada “Add New” tadi anda akan sampai ke bahagian tempat nak download plugin. Lebih kurang macam tempat nak shopping plugin la tapi plugin yang ZM nak share ni percuma,so tak perlu bayar apa-apa

Seterusnya anda cari perkataan “Keyword” dibahagian tepi sebelah kanan dan tulis perkataan “social media follow button bar” diruang yang disediakan. Selepas itu akan keluarlah plugin tersebut seperti yang ZM bulatkan dalam gambar di atas yang ada icon Love tu. Seterusnya anda klik “Install” dan selepas selesai akan keluar perkataan “Activate”. Anda perlu tekan perkataan “Active” untuk proceed. Jelas tak?

# 3. Setting & Save

3 langkah mudah pasang plugin follow media sosial di wordpress4

Selesai langkah yang sebelum tadi anda boleh terus masuk balik kebahagian “Plugin” dan cari balik Plugin yang anda install & activekan tadi. Sila rujuk gambar di atas jika kurang jelas. Sila perhatikan dibahagian yang ZM bulat kan ada perkataan “Setting”. Sila klik pada setting sebab di situlah tempat kita bertempur memasang button follow ke media sosial nanti. Teruja tak? hehe..ZM pula yang lebih-lebih teruja

3 langkah mudah pasang plugin follow media sosial di wordpress5

Jika anda sampai di halaman seperti yang terpapar dalam gambar di atas bermakna anda berada dalam plugin yang betul. Apa yang perlu anda buat adalah pilih button apa yang anda nak guna. Anda boleh letak banyak button,macam ZM guna Facebook,Instagram,Youtube,Whatsapp dan TikTok sahaja…itupun dah rasa macam tamak dah letak banyak-banyak hahaha. Tapi kalau anda nak letak lebih banyak terpulang,ikut citarasa masing-masing

3 langkah mudah pasang plugin follow media sosial di wordpress1

Selepas anda dah buat pilihan dan berpuashati boleh teruskan langkah iaitu masukkan link-link media sosial yang anda pilih tadi. Boleh rujuk contoh yang ZM dah kepilkan kat atas. Masukkan betul-betul taw,jangan termasuk orang lain punya link nanti orang lain yang di follow hehe…

3 langkah mudah pasang plugin follow media sosial di wordpress7

Akhir sekali scroll ke bawah anda akan nampak ruang “Caption” pula,terpulang pada anda nak isi atau nak biarkan ia kosong. Bahagian “Autoload” anda boleh pilih nak button terpapar di mana,just klik sahaja ok. Kemudian bolehlah klik “save changes” supaya apa yang kita buat tadi tersimpan. Dibahagian bawah sekali tu ada dipaparkan rupa paras button follow yang bakal terpapar kat blog kita nanti. Macam comel ja macam kiut jaaa hehe

Tadaaaaa…inilah hasilnya 3 langkah mudah pasang plugin follow media sosial di WordPress . Mudah sangat nak praktik. Sekejap je dah selesai. Anda boleh faham tak langkah-langkah yang ZM tunjukkan tadi? Kalau tak faham boleh perhatikan balik dan terus buat,sambil baca sambil buat mesti boleh!

Ini sahaja tips yang ZM nak kongsi setakat ini. ZM harap perkongsian 3 langkah mudah pasang plugin follow media sosial di WordPress yang sangat ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang memerlukan info ini. Kalau rajin baca ini juga 3 Langkah Mudah Edit Gambar Yang Cantik Dan Resize Mesra SEO

Jika ada kesilapan jangan malu-malu untuk tegur ZM,yela ZM ni pun baru belajar tak pandai sangat lagi. ZM akan kongsikan lagi apa-apa teknik yang ZM dah belajar dengan Coach lepas ni hokey.Stay Tuned!

Wassalam

Follow me here :

4 thoughts on “3 Langkah Mudah Pasang Plugin Follow Di WordPress”

  1. Wah, lepas ni senang la orang nak share artikel ke Sosial Media yang lain dengan adanya Plugin ni.

    Teruskan sharing macam ni ya. Ramai yang belum tahu mudahnya pasang plugin follow media sosial ni dan kelebihannya.

  2. Pingback: 5 Langkah Mudah Pasang Plugin Share Media Sosial Di WordPress – ZMBeautyHQ

  3. Pingback: Langkah Mudah Pasang Plugin Share Media Sosial Di WordPress – ZMBeautyHQ

Leave a Reply to BroZooL Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart